0

ReUnion PKPIM-ABIM-UTM (RPA) 2009

Pada 18-20 Disember 2009, PKPIM-ABIM-UTM telah mengadakan ReUnion PKPIM-ABIM-UTM (RPA) 2009 di Kompleks Mustika Embun, Johor Bahru. Pogram sireh pulang ke ganggang ini telah dihadiri oleh lebih 60 orang mantan pimpinan PKPIM-ABIM-UTM dan pimpinan PKPIM-ABIM-UTM.

Program tiga hari dua malam ini dimulakan dengan Muktamat Sanawi PKPIM-ABIM-UTM 2009 yang dirasmikan oleh Naib Presiden Antarabangsa PKPIM. Acara kemuncak program ialah Makan Malam Perdana telah dirasmikan oleh YDP-ABIM Negeri Johor, Dr. Hj. Shahrum Shah Bin Abdullah. Pelbagai aktiviti pada malam tersebut telah diadakan bagi mengimbau kembali nostalgia kegemilangan PKPIM-ABIM-UTM yang telah berusia hampir 15 Tahun. Kehadiran beberapa senior bersama isteri dan anak-anak kecil menggambarkan kematangan usia PKPIM-ABIM-UTM dipersada dakwah di selatan Malaysia.



Selain kemeriahan aktiviti silaturahim, satu resolusi telah berjaya disepakati bersama iaitu penubuhan Jawatankuasa Penaja Alumni-PKPIM-ABIM-UTM dengan diberikan mandat untuk membantu PKPIM-UTM menggerakkan agenda dakwah setempat dan membangunkan Pusat Latihan PKPIM-ABIM-WADAH Negeri Johor di Pulai Perdana, Johor Bahru.



Semoga segala usaha yang dicaturkan mampu memberdayakan serta membangunankan kaderisasi ABIM akan datang. Tahniah kepada semua.

ABU MUHAMMAD (II)






Daftar Kehadiran Alumni

Sekretariat Alumni

Alamat:
No.10,
Kompleks Mustika Embun,
Jln Abd Rahman Andak,
80100 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Tel. : +607-2216355
Fax : +607-2213562


Hidup Biar Berjasa

Hidup Biar Berjasa
Blog ini didedikasikan kepada semua alumni PKPIM UTM sempena mengingati manis perjuangan ketika di kampus dan mengeratkan ukhuwah.Kepada semua mantan yang dihormati, jika anda mempunyai sebarang berita yang hendak dimuatkan dalam blog ini, sila hantarkan kepada emel sekretariat alumni.pkputm@gmail.com.

Powered by Blogger. Theme: TheBuckmaker, Kredit online, Tyrol. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.