0

JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI-PKPIM-UTM

Assalamualaikum wrbt..

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Penaja ALUMNI-PKPIM-UTM yang telah dilantik sewaktu RPA-UTM'09 (Reunion PKPIM-ABIM-UTM)pada 19&20 Disember 2009.

PENGERUSI : SDR ZAINUDIN B ZAKARIA
TIMB.PENGERUSI : SDRI SHARIFAH KHUZAIMAH
SETIAUSAHA : SDR MOHD SALEHUDDIN B AHMAT MISKAM
PEN.SETIAUSAHA : RAJA NURUL AIN BT RAJA MD ARIF
BENDAHARI : SDR ESQANDAR MAZRI B SHAARI



0

Terima Kasih Semua.=)

Assalamualaikum wrbt..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya, kerana program RPA-UTM'09 yang mengambil masa lebih kurang 3bulan persediaannya telah selamat diadakan pada 19&20 Disember 2009 bersamaan 2&3 Muharam 1431H yang lalu..

Jutaan terima kasih & penghargaan yang tidak terhingga buat semua sahabat2 yang menghadirinya serta terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakannya..Semoga ukhuwah yang dibina akan berkekalan hendaknya..

Ucapan tahniah jua diucapkan kepada 3orang sahabat kita yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.Semoga keluarga yang bakal dibina mendapat rahmat & sentiasa diberkatiNya..Amin

Semoga dapat berjumpa kembali untuk Reunion akan datang..=)

""Indahnya kehidupan, andai kita tahu menghargainya""

Wassalam..



0

Dugaan Menimpa Keluarga Ustaz Ali Ahmad (Wadah ABIM Johor)


Johor Bahru : Tanggal 8 Disember 2009 bersamaan 21 Zulhijjah 1430H perginya seorang lagi ahli keluarga ABIM Johor , Ustazah Hjh. Minah Binti Md. Sani isteri kepada Ustaz Haji Ali Bin Ahmad, mantan pimpinan ABIM Johor. Kembalinya Allahyarhamah  ke rahmatullah pada jam 2.30 petang di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Tambah memilukan, 13 hari yang lepas pada 25 November 2009 anak kesayangan Allahyarhamah , Sdri. Adibah Binti Ali (Exco PKPIM Pusat) telah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang daripada Jembori  KPIJ di Tanjung Laboh, Batu Pahat yang telah mengakibatkan kini beliau terlantar di rumah dan tidak mampu untuk berdikari sendiri.

Atas dasar ehsan  sesama insan serta ukhwah sesama jemaah, ABIM Negeri Johor menggerakkan DANA PRIHATIN untuk membantu meringankan beban Ustaz Haji Ali Bin Ahmad sekeluarga. Untuk sebarang sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 01014010045659 atas nama Tabung Prihatin atau terus menghubungi Sekretariat ABIM Negeri Johor : 07-2216355 / 019-7718648. Semoga segala sumbangan dan keprihatinan kita semua dirahmati Allah.

Amar M.N.M

Daftar Kehadiran Alumni

Sekretariat Alumni

Alamat:
No.10,
Kompleks Mustika Embun,
Jln Abd Rahman Andak,
80100 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Tel. : +607-2216355
Fax : +607-2213562


Hidup Biar Berjasa

Hidup Biar Berjasa
Blog ini didedikasikan kepada semua alumni PKPIM UTM sempena mengingati manis perjuangan ketika di kampus dan mengeratkan ukhuwah.Kepada semua mantan yang dihormati, jika anda mempunyai sebarang berita yang hendak dimuatkan dalam blog ini, sila hantarkan kepada emel sekretariat alumni.pkputm@gmail.com.

Powered by Blogger. Theme: TheBuckmaker, Kredit online, Tyrol. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.