Dugaan Menimpa Keluarga Ustaz Ali Ahmad (Wadah ABIM Johor)


Johor Bahru : Tanggal 8 Disember 2009 bersamaan 21 Zulhijjah 1430H perginya seorang lagi ahli keluarga ABIM Johor , Ustazah Hjh. Minah Binti Md. Sani isteri kepada Ustaz Haji Ali Bin Ahmad, mantan pimpinan ABIM Johor. Kembalinya Allahyarhamah  ke rahmatullah pada jam 2.30 petang di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Tambah memilukan, 13 hari yang lepas pada 25 November 2009 anak kesayangan Allahyarhamah , Sdri. Adibah Binti Ali (Exco PKPIM Pusat) telah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang daripada Jembori  KPIJ di Tanjung Laboh, Batu Pahat yang telah mengakibatkan kini beliau terlantar di rumah dan tidak mampu untuk berdikari sendiri.

Atas dasar ehsan  sesama insan serta ukhwah sesama jemaah, ABIM Negeri Johor menggerakkan DANA PRIHATIN untuk membantu meringankan beban Ustaz Haji Ali Bin Ahmad sekeluarga. Untuk sebarang sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 01014010045659 atas nama Tabung Prihatin atau terus menghubungi Sekretariat ABIM Negeri Johor : 07-2216355 / 019-7718648. Semoga segala sumbangan dan keprihatinan kita semua dirahmati Allah.

Amar M.N.M

0 Comments »

Leave a comment

Daftar Kehadiran Alumni

Sekretariat Alumni

Alamat:
No.10,
Kompleks Mustika Embun,
Jln Abd Rahman Andak,
80100 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Tel. : +607-2216355
Fax : +607-2213562


Hidup Biar Berjasa

Hidup Biar Berjasa
Blog ini didedikasikan kepada semua alumni PKPIM UTM sempena mengingati manis perjuangan ketika di kampus dan mengeratkan ukhuwah.Kepada semua mantan yang dihormati, jika anda mempunyai sebarang berita yang hendak dimuatkan dalam blog ini, sila hantarkan kepada emel sekretariat alumni.pkputm@gmail.com.

Powered by Blogger. Theme: TheBuckmaker, Kredit online, Tyrol. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.